Friday, December 16, 2011

Selamat Bertugas... Jasamu Dikenang

Semua dalam kenangan...setiap yang datang pasti akan kembali setiap pertemuan adanya perpisahan..
Begitu juga SK Kanchong Tengah. Dua orang guru yang telah lama berkhidmat dan menabur bakti di Kanchong Tengah berpindah ke sekolah lain atas keperluan tugas. Beliau ialah :
1. En Mohamad Rosli Bin Azhar -> SK Jalan Tanjung sebagai PK HEM
2. Pn Zalina Bt Jasman -> Sk Sg Lang sebagai PK Kokurikulum

Semoga tugas guru - guru ini di tempat yang baru akan lebih cemerlang dan gemilang.

SELAMAT BERCUTI


Cuti - cuti juga, tetapi pelajaran tidak boleh dilupakan.....

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Berpuasa Kepada Semua


Monday, August 1, 2011

Kibarkan Jalur Gemilang

Kibarkan Jalur Gemilang....Semoga jalur gemilang akan terus berkibar berkekalan dengan penuh kebanggaan.

Friday, July 29, 2011

Tanggungjawab Guru Yang Perlu Digalas






Selain daripada tanggungjawab mengajar dan beberapa tugas pentadbiran yang sedia ada, kini guru - guru bertungkus lumus pula mengisi markah peperiksaan secara online.Chaiyok guru SKKT....
Apa yang pasti kesabaran perlu berbuku dihati kerana pengisian yang melibatkan online sangat rumit. Walaubagaimanapun dalam proses pengisian markah ini kami dapat penemuan bahawa apabila capaian kepada sistem markah online dibuat melalui Internet Explorer, capaian adalah sangat teruk,. Sangat lambat dan kerap gagal memasuki laman. Namun apabila menggunakan Mozila Firefox perbezaannya ketara di mana walaupun pengguna di talian sangat ramai dan proses pengisian agak perlahan, namun guru - guru masih berjaya mengisi markah.Alhamdulillah tempoh pengisian telah dilanjutkan sehingga 15 Ogos ini..teruskan usaha.

Tuesday, July 26, 2011

Perjuangan Yang Baru Bermula

Selamat Berjaya Wahai Anak SKKT..
Kami Guru - Guru SKKT Sentiasa Mendoakan Kecemerlangan Milik Kalian....
Moga Rahmat & Redha Allah Bersama Kalian.....Aminnn

Bulan Kecergasan




Selepas berlangsungnya larian 1M1S1M kami juga turut bersama - sama melaksanakan bulan kecergasan. Sambil melakukan aktiviti kecergasan sambil mencuci mata dengan melihat sayur - sayuran yang sihat dan segar di kawasan kebun sayur yang kami lawati. Untung bila balik semua guru - guru dapat percuma sayur yang baru dituai..